Takut Dikritik?? Dont Be..

>> Sunday, November 2, 2008

Salamz Alaik!

Wah! setelah hampir seminggu aku berjuang dalam menghadapi peperiksaan ini. Dah la ade exam tu 3 hari berturut-turut, mau otak aku neyh tak meletup, huhu~ Tapi alhamdulillah sepanjang exam tu aku dapat jawab, tapi tak tau la betul ke tak kan, sekarang ni hanya tawakal dan doa saje yang menjadi usaha aku wat mase sekarang neyh ;) Ape-ape pun tinggal lagi 2 paper lagi lepas tu cuti semester 3 minggu!! huahuahua..

Okeyh, habes intro aku buat mase neyh, aku ade mase menulis ni pun sebab ade gap dua hari until my next paper, so why im writing this entry? Alkisahnye macam ni la, disebabkan aku ni sekarang tengah 'addicted' to blogging, so ade la member-member aku neyh mem'bahan' aku, gurau-gurau member la katekan, tapi gua tak kesah beb, bak kate dalam iklan brylcream tu ape, still standing!


Jadi aku nak betanya la kat korang semua, mesti korang pun pernah mengalami situasi seperti ini kan, maksud aku dibahan, dikritik, dikutuk, dihina, dipulau dan macam-macam lagi la situasi yang melibatkan emosi korang 'down', sedangkan perkara yang anda buat itu adalah perkara benar. Jangan tipu la if korang cakap takde sebab dalam hidup ini Allah akan menguji hamba-hamba dengan tiga perkara iaitu harta, pangkat dan juga wanita untuk menentukan sama ada sempurna atau tidak iman kita. Okeyh, jika anda berada dalam situasi tersebut, bagaimana anda mahu mengatasinya? Adakah menangis? putus asa? merajuk? dan yang paling teruk sekali mungkin bunuh diri? Tapi itu bukanlah jalan penyelesaiannya, sebab korang jugak yang rugi.

Sebab apa perkara ini sering berlaku? kene ejek sikit je mulalah putus asa, it is because anda TAKUT untuk dikritik! Takut jika korang melakukan sesuatu perkara je mesti ade orang komplen atau bahan. Takut tidak akan mendapat sokongan orang. Takut ini, takut itu, semua takut la, semua takut la. Pastu mula la kehidupan korang tak tentu hala disebabkan oleh ketakutan yang sepatutnya tidak patut berlaku. Bagi aku jika kita melakukan sesuatu perkara yang benar, teruskan sahaja jikalau perkara itu mendapat tentangan daripada kawan atau lawan anda. Dont be afraid if you in the right side! Protect it or you lose it!

Berani kerana BENAR! Takut kerana SALAH!

Mengapa mereka-mereka ini mengkritik anda? Walaupun anda tidak pernah membuat salah terhadap mereka? The answer is simple. Ini disebabkan mereka dengki dengan setiap perlakuan anda yang lebih baik daripada mereka. Jadi untuk menghalang anda untuk lebih berjaya mereka akan melakukan apa saja untuk melemahkan semangat anda. Maklumlah dunia hampir kiamat, kan antara tanda-tandanya ialah segala kejahatan akan diagung-agungkan dan segala kebaikan akan dipandang hina. Jadi ada nampak situation sekarang ni? Jikalau disingkap sejarah, junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga sering dihina dalam usaha baginda untuk membangunkan Islam dan alhamdulillah Islam pernah menjadi satu empayar yang besar di mata dunia. So, tidak malukah kita jika hanya diuji hanya dengan satu kritikan saja pun kita putus asa?

Bagaimanakah kita hendak mengatasi rasa takut terhadap segala tohmahan mereka yang dengki pada kita neyh? Maybe aku ada la sedikit sebanyak perkara yang boleh dikongsikan bersama jika kita berada dalam situasi tersebut:-


Jadikan Sebagai Motivasi
Setiap kritikan itu pasti akan memberi kesan negatif kepada seseorang yang dikritik itu, dan inilah yang akan menyebabkan korang murung sepanjang zaman. Namun ada jalan penyelesaiannya! Cuba korang tukarkan setiap kritikan yang negatif itu kepada positif, iaitu ambil setiap kritikan dan tohmahan itu sebagai motivasi untuk diri kita. Anggaplah ia as cabaran atau semangat untuk korang bergerak lebih jauh ke depan. InsyaAllah apabila dah berjaya, budak-budak yang ejek korang mase dulu mesti datang pastu minta maaf balek, ngehee~

Pedulikan Saja Mereka
Betul tu! Pedulikan saja diorang tu, buat ape nak ambil kisah sangat dengan apa yang diorang cakap, kalau ade faedah boleh la duduk jugak dengar 'ceramah' diorang kan. Ni nak buat sakit hati baik blah je dari situ. Yep, ape yang korang boleh buat adalah buat tak layan je si pengkritik2 neyh, nanti lama-lama tu diorang akan bosan dan buat bodoh jep dengan korang.

Say 'So What!?'
Jikalau para pengkritik itu mengganggu juga kehidupan seharian korang, katakan saja 'so what!' aje kat diorang. Orang-orang yang suka kritik neyh suke sangat nak jaga tepi kain orang sangat, tapi diri sendiri punya kain tak nak jage. Jadi setiap kali diorang nak kritik je cakap saja 'so what!' pada mereka. Dari situ diorang akan nampak ketegasan dalam diri korang untuk melakukan sesuatu dan lepas tu mesti diorang tak nak kacau korang balik.

Jadi itulah sedikit sebanyak perkara yang aku boleh kongsikan bersama korang jikalau korang berada dalam situasi tersebut. Mungkin ada yang setuju ataupun tidak setuju sebab korang pun ade cara masing-masing ryte? Jadi kalau ade pendapat lain boleh juga korang kongso bersama dalam coment nanti kayh ;) Janganlah hidup dalam ketakutan kerana sesungguhnya kita hanya perlu takut dengan pencipta yang satu yakni Allah s.w.t sahaja, bukan dengan perkara lain.

p/s: Dont live in fear!

14 komentar:

Anonymous November 2, 2008 at 3:58 PM  

this looks like some copy and paste crap. nothing original.

KhaliFmUjAhiD November 2, 2008 at 4:13 PM  

salah satu contoh orang yang dengki ;)

KhaliFmUjAhiD November 2, 2008 at 4:43 PM  

huhu~ ape2 aje la wahai cik anoynymous, kalau anda tak suke anda tidak perlu bace pun ;) anyway itu ana tulis sdiri kayh.. takd pn copy paste dr mane2.. tanx ;D

nawfal_timur November 2, 2008 at 6:45 PM  

Slm`alek...sapa ckp gtu tu...huhu...dia xde blog kot...tp jgn ckp dia dengki, cakap dia nak mintak aja buat blog,hahaha!

KhaliFmUjAhiD November 2, 2008 at 7:00 PM  

itula dye nk mintak tlong watkn blog kowt, tapy segan, huu~

azleah November 3, 2008 at 9:28 AM  

salam muiz.

mcm kisah lea semalam aje.

hmmm x apa la kot...

tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

kekadang manusia yg selalu nak mengaibkan kita ni menambahkan pahala kepada kita gak.

KhaliFmUjAhiD November 3, 2008 at 5:49 PM  

owh iye ke... itula,kes2 ni memang selalu dan mungkin akan terjadi pada diri kita sendiri.. ape2 pun lea just tabah dalam menghadapi dugaan dan berdoa semoga Allah bukakan hati kita semua, insyaAllah ;)

nana November 3, 2008 at 10:21 PM  

buat xtaw suda muizz~hehe

farah eliza November 3, 2008 at 11:14 PM  

salam...

hey muizz... apelaa anonymus tuu.. xde keje cari psl.. hehe

nywayz back to ur post... btul ko ckp.. ak pun pnh lalui tu.. slalu gak.. hehe yg latest kt bumi manchester nie.. byk yg ak try wat yg kt cni yg xpnh2 ak wat tuk Islam kt Malaysia...

ak ade volunteer tuk islamic relief.. tolong tuk street bucket collection. for orphams around the world.. krenyer ak tlg jadi org mintak derma laa g2...

ak dlm ati mmg nak wat.. tp terselit rase tkot, malu n sume laa cmpur aduk...

last2 ak pikir blk.. kalo ak xwat skrg.. ble lagii ak nk wat.. xkan ketakutan akn menghalang ak selama2nye... xkan laa ak nk blk malaysia hnye dgn segulung ijazah n tetap menjadi org yg sama xdpt nk menolong agama.. so last2 ak wat gak.. ak rase gmbire ak dpt wat street bucket collection tuh.. pengalaman baru bg ak.. tuk menolong sedare2 adqidah ktrng...

n dari c2 byk yg ak bljr ttg kehidupan kte nih.. ak bley rase cne rase org meminta sedekah.. ak bley tgk ragam n personality n pandangan org thdp aku yg tlg kutip derma... byk laa.. mmg xrugi ak try wpun terselit rase malu mase kutip derma tuh sbb nmpk gaya cm ak yg meminta sedekah...

tp watpe ak tkot n malu wat tu kn.. watpe kte ksahkn pndangan n tnggapan org len kt kte..

kte patut rase gmbire n bersyukur sbb Allah ske ape yg kte wat.. pndangan Allah thdp perbuatan kte yg pnting...


hehe sowee muizz.. pnjg lak ak cmmt.. cm ak tulis blog lak.. hehe

wassalam

KhaliFmUjAhiD November 4, 2008 at 12:21 AM  

hekhek.. takpe.. janjy kite ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara insyaAllah Allah akan membantu kite ;)

misz balqis November 4, 2008 at 9:25 PM  

btol2..ngee! ;)

little lady~ January 18, 2009 at 2:03 AM  

akhi...

kalo kite tego org cane?
cntoh dye ni muslimah..
pakai tdg labuh..
tup tup tgk dlm blog dye de video dye nyanyi..kite pom cmment la...
bkn mksd kite jeles tp kite wak amal maaruf nahi munkar kn?kn?
what do u think?

dur January 31, 2009 at 3:25 PM  

salam..

dur nak citer sal pengalamn dur..first time dikrit4ik,dihentam oleh orang.sebab b4 nie dur nak buat pape mesti cemerlang..n perfect so sebab tu tak pernah dihentam

tapi disebabkan perkara yang kecik,,dur dihentam di belakang dur tanpa dur mengetahuinya..dan suatu ari dur dapat tau..

dur mmg menangis..sebab rasa cam dimalukan dan dihina..

tapi dur tak sangka seorang yg dianggap bekas pemimpin boleh buat cam tu..even benda kecil dah rasa tak puas hati dan sebarkan kat orang lain..apa niat tu?nak memalukan orang tersebut ker?

klu orang tu salah ckplah berdepan bukan memalukan orang tu belakang..

so tuk pengajran..tegurlah secara berhukmah

KhaliFmUjAhiD February 2, 2009 at 5:56 PM  

misz balqis: btowl3 ;)

little lady: tegur secara berhikmah ;)

dur: yep btowl tu dur, dalam hidup neyh bukan senang untuk gembirakan hati semua pihak,janji kita perlu tabah dan jgn cepat down bila dikritik ;)

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP