Oh Hawa...
>> Sunday, November 16, 2008
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
(Hadis Riwayat Ahmad)
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
p/s: Indah sungguh hawa ni.. ;)
6 komentar:
Salam khalifmujahid.
Terima kasih. Artikel ini diharapkan ikhlas dari hati. Boleh kakchik jadikan panduan hidup.
InsyaAllah kak chik.. ;) ap2 pun panduan hidup kita yang paling lengkap adalah al-quran dan as-sunnah ;)
salam muiz...pic tuh kt mane?dorunk tuh sape?
uhuu.. pasan gak ek.. pic tu ak amek dr afifah, macam seswai jep ngan post aku neyh,tu dye amek gambar kat kelas dye la kowt.. ap2 pn nothing personal kayh ;) just gambar hiasan.. huu~
hahah..~x de ah..sbb nmpk afifah...ingat die same ngan kamu..~lalalal..~
takde la.. hanye gambar hiasan.. tiada kaitan di antara yang hidup ataupun yg mati.. huu~
Post a Comment